08 April 2019

Program Kesedaran Autisme SK Temenggong Abdul Rahman Segamat 2019


Program Kesedaran Autisme SK Temenggong Abdul Rahman Segamat 2019 telah diadakan pada 2 April 2109. Program ini dijalankan bersempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April setiap tahun. Ini merupakan inisiatif untuk memberi dan meningkatkan kesedaran warga sekolah SK Temenggong Abdul Rahman Segamat khasnya dalam memahami serta mengenali penghidap Autisme. 


Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan suatu gangguan neurologi di otak yang mempengaruhi perkembangan pemikiran kanak-kanak yang mengganggu komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku dalam menjalankan aktiviti seharian.


       Hakikatnya, autisme boleh disifatkan antara masalah yang paling popular berlaku dalam kalangan kanak- kanak zaman ini dan sering menjadi perbahasan serta kajian dalam bidang perubatan dalam mencari jawapan di sebalik punca sebenar, tanda dan gejala yang berlainan, cara merawat dan sebagainya.


























Pendidikan Khas SK Temenggong Abdul Rahman Segamat


EmoticonEmoticon