Kata-Kata Aluan Guru Besar



Assalamualaikum w.b.t, salam  sejahtera dan Salam Satu Malaysia. 

Bidang teknologi maklumat dan komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT berkembang pesat dan secara tidak langsung ianya memberi kesan corak kehidupan measyarakat pada hari ini. Teknologi maklunat dan komunikasi bukan lagi dilihat sebagai kehendak sebaliknya keperluan masa kini. 


Justeru itu, selaras dengan kemajuan dan perkembangan pesat bidang ICT dan arus pendidikan masa kini, setiap lapisan masyarakat perlu komited meningkatkan usaha bagi memastikan agenda dan perancangan pendidikan negara dapat dilaksanakan dengan jayanya. Setiap lapisan masyarakat sepatutnya menyematkan perasaan bahawa anak-anak kita tanpa mengira paras rupa, kaum dan usia adalah tanggungjawab kita bagi memastikan mereka membesar dan menjadi generasi yang berjaya serta berguna untuk masa depan negara.

Tugas berat mendidik tidak seharusnya diletakkan di atas bahu para pendidik semata-mata. Setiap golongan masyarakat seharusnya bergabung usaha dan tenaga untuk merealisasikan visi dan misi pendidikan negara. 

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada guru-guru pendidikan khas sekolah ini yang telah berusaha untuk membina laman web sekolah ini. Akhir kata saya doakan semoga hasrat dan cita-cita murni untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan khas sekolah ini akan berjaya. 

Selamat Maju Jaya.







Rubiah Binti Tijan
Guru Besar,
SK. Temenggong Abdul Rahman,
Segamat, Johor.