Perpustakaan Mini Pendidikan Khas 2012
PENGENALAN
Pendidikan
Khas SK Temenggong Abdul Rahman telah beroperasi sejak tahun 1989 lagi.
Bagaimanapun pada ketika itu perpustakaan mini belum diperkenalkan
lagi, yang ada hanyalah sudut meletakan bahan bacaan pada setiap kelas.
Menjelang tahun 1996, setiap buku yang diterima sebagai bahan bacaan
dan rujukkan murid mula direkod dan dikodkan, secara tidak langsung kita
dapat mengetahui jumlah sebenar buku-buku di dalam simpanan
sekolah.Memandangkan bilangan buku yang semakin bertambah, satu sudut
rak disediakan bagi menempatkan buku-buku tersebut. Bilangan murid yang
ramai pada ketika itu menyebabkan tiada ruang kosong pada setiap kelas
dan sudut bacaan juga terhad.
Menjelang tahun 2000, sudut bacaan diletakkan bersama dengan bilik guru
pendidikan khas di bahagian belakang kelas khas 3, ruangannya agak
sempit dan tempat meletakkan buku juga terhad. Pada tahun 2008
perpustakaan mini mula diwujudkan dan ruangan untuk guru dipindahkan ke
kelas khas 4. Satu bay di kelas khas 3 dikhaskan untuk dimenfaatkan
sepenuhnya sebagai perpustakaan mini. Bilangan buku-buku dan peralatan
lain ditambah bagi memperlihatkan kewujudan perpustakaan mini tersebut.
Setiap sudut dimenfaatkan sepenuhnya dan diceriakan lagi. Susun atur
ruang juga di buat bagi memastikan penguna perpustakaan mini akan berasa
selesa semasa berada di situ.
Pada tahun 2010, takwim tahunan mula dibuat bagi menghidupkan aktiviti
di dalam perpustakaan mini. Ruangan blog Pendidikan Khas STAR beralamat
http://starkhas.blogspot.com juga turut menyediakan satu ruang untuk
memperkenalkan perpustakaan mini. Sudut bercerita disediakan bagi
mengalakan murid-murid berkongsi kefahaman tentang buku-buku cerita yang
dibaca. Sudut kecemerlangan dan kraftangan juga disediakan bagi
mempamerkan hasil kerja seni murid-murid khas. Organisasi turut
diwujudkan bagi mengerakkan fungsi perpustakaan mini dan jadual bertugas
disediakan untuk memastikan perpustakaan mini sentiasa dijaga dengan
baik.
Semoga dengan wujudnya perpustakaan mini dan penambahbaikan ini dapat
menarik minat murid-murid khas untuk membaca dan menambah pengetahuan
mereka.
MATLAMAT
Penubuhan
perpustakaan mini ini bertujuan untuk menarik minat membaca di kalangan
murid dan juga berfungsi sebagai pusat penyebaran ilmu dan makluma
untuk guru dan murid.
OBJEKTIF
1. Menarik minat murid-murid untuk membaca.
2. Menambah pengetahuan murid dan guru.
3. Menyediakan sumber ilmu bagi murid dan guru.
4. Menyediakan ruang untuk murid merehadkan minda dan berkongsi ilmu.
5. Menyediakan sumber rujukan selain dari apa yang dipelajari semasa P&P di kelas.
GAMBAR-GAMBAR
Pemandangan di dalam perpustakaan mini
Meja kaunter
Tempat menyimpan kelengkapan merekod , melabel buku –buku baru dan merekod buku-buku yang dipinjam oleh guru dan murid.
Rak buku dan meja untuk membaca individu dan berkumpulan.
Murid sedang menggunakan kemudahan di perpustakaan mini.
P & P turut diadakan di dalam perpustakaan mini mengikut keperluan.
Sudut bercerita
Sudut bagi murid berkongsi dan menunjukan kebolehan membaca dan bercerita
Ruangan mempamerkan alat bantuan pendengaran yang pernah digunakan.
Sudut organisasi
Sudut sejarah
Sudut kecemerlangan
Pertandingan mewarna hari merdeka dijalankan dalam perpustakaan mini
EmoticonEmoticon