10 September 2012

Perpustakaan Mini

PENGENALAN

            Pendidikan Khas SK Temenggong Abdul Rahman telah beroperasi sejak tahun 1989 lagi. Bagaimanapun pada ketika itu perpustakaan mini belum diperkenalkan lagi, yang ada hanyalah sudut meletakan bahan bacaan pada setiap kelas.

            Menjelang tahun 1996, setiap buku yang diterima sebagai bahan bacaan dan rujukkan murid mula direkod dan dikodkan, secara tidak langsung kita dapat mengetahui jumlah sebenar buku-buku di dalam simpanan sekolah.Memandangkan bilangan buku yang semakin bertambah, satu sudut rak disediakan bagi menempatkan buku-buku tersebut. Bilangan murid yang ramai pada ketika itu menyebabkan tiada ruang kosong pada setiap kelas dan sudut bacaan juga terhad.

            Menjelang tahun 2000, sudut bacaan diletakkan bersama dengan bilik guru pendidikan khas di bahagian belakang kelas khas 3, ruangannya agak sempit dan tempat meletakkan buku juga terhad. Pada tahun 2008 perpustakaan mini mula diwujudkan dan ruangan untuk guru dipindahkan ke kelas khas 4. Satu bay di kelas khas 3 dikhaskan untuk dimenfaatkan sepenuhnya sebagai perpustakaan mini. Bilangan buku-buku dan peralatan lain ditambah bagi memperlihatkan kewujudan perpustakaan mini tersebut. Setiap sudut dimenfaatkan sepenuhnya dan diceriakan lagi. Susun atur ruang juga di buat bagi memastikan penguna perpustakaan mini akan berasa selesa semasa berada di situ.

            Pada tahun 2010, takwim tahunan mula dibuat bagi menghidupkan aktiviti di dalam perpustakaan mini. Ruangan blog Pendidikan Khas STAR beralamat http://starkhas.blogspot.com  juga turut menyediakan satu ruang untuk memperkenalkan perpustakaan mini. Sudut bercerita disediakan bagi mengalakan murid-murid berkongsi kefahaman tentang buku-buku cerita yang dibaca. Sudut kecemerlangan dan kraftangan juga disediakan bagi mempamerkan hasil kerja seni murid-murid khas. Organisasi turut diwujudkan bagi mengerakkan fungsi perpustakaan mini dan jadual bertugas disediakan untuk memastikan perpustakaan mini sentiasa dijaga dengan baik.

            Semoga dengan wujudnya perpustakaan mini dan penambahbaikan ini dapat menarik minat murid-murid khas untuk membaca dan menambah pengetahuan mereka.

MATLAMAT

Penubuhan perpustakaan mini ini bertujuan untuk menarik minat membaca di kalangan murid dan juga berfungsi sebagai pusat penyebaran ilmu dan makluma untuk guru dan murid.


OBJEKTIF
1.      Menarik minat murid-murid untuk membaca.
2.      Menambah pengetahuan murid dan guru.
3.      Menyediakan sumber ilmu bagi murid dan guru.
4.      Menyediakan ruang untuk murid merehadkan minda dan berkongsi ilmu.
5.      Menyediakan sumber rujukan selain dari apa yang dipelajari semasa P&P di kelas.

   
GAMBAR-GAMBAR

Di sini  kami kongsikan gambar-gambar suasana di perpustakaan mini pendidikan khas SK Temenggong Abdul Rahman:

Pemandangan di dalam perpustakaan mini
Meja kaunter
Tempat menyimpan kelengkapan  merekod , melabel buku –buku baru dan merekod buku-buku yang dipinjam oleh guru dan murid.


Rak buku dan meja untuk membaca individu dan berkumpulan. 
Murid sedang menggunakan kemudahan di perpustakaan mini.

P & P turut diadakan di dalam perpustakaan mini mengikut keperluan.

Sudut bercerita
Sudut bagi murid berkongsi dan menunjukan kebolehan membaca dan bercerita
Ruangan mempamerkan alat bantuan pendengaran yang pernah digunakan.
Sudut organisasi
Sudut sejarah

Sudut kecemerlangan

Pertandingan mewarna hari merdeka dijalankan dalam perpustakaan mini













 
 








 starkhas.blogspot.com

Pendidikan Khas SK Temenggong Abdul Rahman Segamat


EmoticonEmoticon