14 October 2010

Sejarah Kelas Pendidikan Khas

Kelas Pendidikan Khas bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran bermula di SK. Bandar (Perempuan) yang terletak di Jalan Hassan, Segamat pada 1 Januari 1963. Guru Besar pada ketika itu ialah Pn. Fatimah Bt. Omar, dengan murid yang berjumlah 11 orang di bawah kelolaan seorang guru khas. 


Pada tahun 1983 Kelas Pendidikan Khas telah ditukarkan ke SK Temenggong Abdul Rahman, oleh kerana jumlah murid yang bertambah. Atas keperihatinan kerajaan, pada tahun 1989 sebuah bangunan khas telah dibina bagi menampung jumlah murid bermasalah pendengaran yang semakin bertambah. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Yg Berhormat Dato’ Abdul Razak Bin Atur, Pengarah Pendidikan Negeri Johor pada ketika itu. Bangunan ini mempunyai empat bilik darjah, sebuah bilik kedap bunyi, sebuah stor sukan dan dua buah tandas. Memandangkan bilik kedap yang disediakan tidak memenuhi spesifikasi pengajaran dan pembelajaran, pada tahun 2001 kelas pendidikan khas ini mendapat peruntukan sebanyak RM 20,000 dari JPNJ bagi membuat bilik kedap yang baru.

Pada 26 Julai 2001 merupakan hari yang bersejarah bagi kanak-kanak khas di sekolah ini di atas kunjungan Yg Mulia Tunku Mahkota Johor dan beliau berkenan menyumbangkan wang sebanyak RM 5,000 bagi melengkapkan alat-alat keperluan untuk murid-murid pendidikan khas.

Kini Kelas Pendidikan Khas mempunyai seramai 6 orang guru yang terlatih dan berdedikasi dan dibantu dengan 2 orang pembantu pengurusan murid serta murid-murid yang berbilang kaum. 

Pendidikan Khas SK Temenggong Abdul Rahman Segamat


EmoticonEmoticon