28 October 2010

Buku Cerita

Berikut merupakan koleksi buku-buku cerita yang terdapat di perpustakaan mini kami :)

SIRI SAHABAT NABI MUHAMMAD SAW

Zubair Pahlawan Yang Bijaksana

Buku siri sahabat Nabi Muhammad SAW ini merupakan buku fiksyen bahasa melayu yang menceritakan kisah perjuangan dan pengorbanan para sahabat dalam menyebar dan mempertahankan Islam sebagai agama yang unggul. Buku ini menceritakan tentang Zubir yang memeluk Islam pada usia muda. Beliau  merupakan seorang pejuang yang hebat dan menyertai setiap peperangan bersama Nabi Muhammad. Buku cerita ini ringkas dan mudah difahami.



SIRI FABEL SI CERDIK


Gadis Pemerah Susu Lembu & Cerita-cerita lain



Buku cerita siri fable si cerdik ini juga terdapat dalam fiksyen bahasa inggeris. Di dalamnya terdapat beberapa cerita teladan yang ringkas. Ceritanya mudah difahami dan sesuai untuk bacaan murid sekolah rendah. Turut disediakan ruangan nilai murni, kamus anda bagi perkataan yang susah dan pengukuhan minda iaitu beberapa soalan bagi menguji pemahaman pembaca. Cerita ini mengisahkan seorang budak perempuan pemerah susu lembu yang suka berangan.





KOLEKSI CERITA NEGERI

Rantai Emas

Buku cerita koleksi cerita negeri ini merupakan cerita kisah dongeng rakyat. Ceritanya mengisahkan sepasang suami isteri nelayan yang mendapat hasil tangkapan yang tidak diduga dan mereka menjadi tamak. Ceritanya berbentuk pengajaran yang menarik dan mudah difahami.








FUN TO READ. FILIAL PIETY STORY

The Grateful Little Crow

Buku cerita siri fun to read ini merupakan buku fiksyen bahasa inggeris. Ia mengandungi cerita-cerita tauladan haiwan. Ceritanya ringkas dan mudah difahami. Buku ini mengisahkan kehidupan dua ekor gagak iaitu ibu dan anak yang mengharungi hidup melalui perubahan musim. Turut disediakan ruangan “moral value”, “my vocabulary” dan “IQ corner”.







TELL ME WHY….

The Goose Has Long Neck

Buku cerita fiksyen bahasa inggeris ini merupakan siri dongeng haiwan. Ia juga terdapat dalam fiksyen bahasa melayu. Buku cerita ini menceritakan bagaimana angsa yang pada asalnya berleher seperti itik boleh berubah menjadi panjang. Siri ini cukup menghiburkan disamping ceritanya yang ringkas dan mudah difahami.







RIGBY LITERACY

The Secret (A Traditional Tale From Wales)

Buku cerita fiksyen bahasa inggeris ini merupakan siri dongeng rakyat yang terkenal. Ia mengisahkan seorang puteri yang menyimpan rahsia di sebalik rambutnya yang panjang. Selain dari ceritanya yang ringkas dan mudah difahami, gambar-gambar di dalamnya juga menarik dan menghiburkan pembaca. Ianya sesuai untuk bacaan murid sekolah rendah.






SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA


Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut,

"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan o/eh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. "

Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut:

Pendidikan Masalah Penglihatan
1926Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka
1931SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
1953Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
1958Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)
1962Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih,
diperkenalkan
1963Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan
1977Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
1983Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh
1984Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran
Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille

Pendidikan Masalah Pendengaran
1954Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang
1954Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang
1963Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah
rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih
Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan
1979Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan
1985Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal
1987Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam

Program Percantuman/Inklusif
1962Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan
dimulakan
1988Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran
1993Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala
Lumpur
1994Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara
1995Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

Kelas-Kelas Khas


KELAS-KELAS KHAS TAHUN 2010-2011
KHAS 1


KHAS 2


KHAS 3



KHAS 4


KELAS-KELAS KHAS TAHUN 2012

KELAS KHAS 1
 
 
KELAS KHAS 2
 
 
KELAS KHAS 3
 
 
KELAS KHAS 4
 
 
 
 
 
 










27 October 2010

VIDEO


Aktiviti Pembelajaran Seni Visual

Pertandingan Tarian Peringkat Daerah Segamat

Pertandingan Ureka Sains Peringkat Daerah Segamat
 
 
 

15 October 2010

Bahasa Isyarat Abjad










Perkhemahan Pendidikan Khas Peringkat Daerah

Perkhemahan ini telah diadakan di Pusat Rekreasi Air Panas Tenang, Labis pada Jun 2010. 

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Daerah

Berlangsung pada bulan Februari 2010 di SK. Dato' Wan Idris Segamat. 






Pakaian Beragam Sempena Bulan Kemerdekaan



14 October 2010

Sejarah Kelas Pendidikan Khas

Kelas Pendidikan Khas bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran bermula di SK. Bandar (Perempuan) yang terletak di Jalan Hassan, Segamat pada 1 Januari 1963. Guru Besar pada ketika itu ialah Pn. Fatimah Bt. Omar, dengan murid yang berjumlah 11 orang di bawah kelolaan seorang guru khas. 


Pada tahun 1983 Kelas Pendidikan Khas telah ditukarkan ke SK Temenggong Abdul Rahman, oleh kerana jumlah murid yang bertambah. Atas keperihatinan kerajaan, pada tahun 1989 sebuah bangunan khas telah dibina bagi menampung jumlah murid bermasalah pendengaran yang semakin bertambah. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Yg Berhormat Dato’ Abdul Razak Bin Atur, Pengarah Pendidikan Negeri Johor pada ketika itu. Bangunan ini mempunyai empat bilik darjah, sebuah bilik kedap bunyi, sebuah stor sukan dan dua buah tandas. Memandangkan bilik kedap yang disediakan tidak memenuhi spesifikasi pengajaran dan pembelajaran, pada tahun 2001 kelas pendidikan khas ini mendapat peruntukan sebanyak RM 20,000 dari JPNJ bagi membuat bilik kedap yang baru.

Pada 26 Julai 2001 merupakan hari yang bersejarah bagi kanak-kanak khas di sekolah ini di atas kunjungan Yg Mulia Tunku Mahkota Johor dan beliau berkenan menyumbangkan wang sebanyak RM 5,000 bagi melengkapkan alat-alat keperluan untuk murid-murid pendidikan khas.

Kini Kelas Pendidikan Khas mempunyai seramai 6 orang guru yang terlatih dan berdedikasi dan dibantu dengan 2 orang pembantu pengurusan murid serta murid-murid yang berbilang kaum. 

13 October 2010

Selamat Datang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Web blog ini diwujudkan untuk berkongsi maklumat dan ilmu tentang dunia pendidikan khas masalah pendengaran yang ada di sekolah ini. Selamat Datang!!